29 May 2011

JAMBORI PENGAKAP 1 BELIA 1 MALAYSIA

26 -29 MEI  2011— Seramai 10 orang pelajar SMK Orang Kaya Haji bersama dua orang guru       pengiring iaitu Puan Masiah dan Cik Zuhairah telah mengikuti perhimpunan pengakap Satu Belia Satu Malaysia di Putrajaya. Konvoi    berbasikal  ke Putrajaya tersebut bersempena dengan           Sambutan Hari Belia Negara




27 May 2011

KEJOHANAN OLAHRAGA DAN BALAPAN PENDIDIKAN KHAS PERINGKAT NEGERI PAHANG

27-28 MEI  2011— Seramai 5 orang pelajar pendidikan Khas Intergrasi SMK Orang Kaya Haji  telah mewakili daerah Lipis untuk menyertai Kejohanan olahraga dan BalapanPeringkat Negeri Pahang bertempat di Stadium Mini Bandar Pusat Jengka.
             Dalam Kejohanan tersebut Pelajar SMK Orang Kaya Haji telah berjaya membawa pulang 5 pingat iaitu 1 Perak dan 4 emas. Manakala, seorang pelajar iaitu Savilla a/p Apoh telah dianugerahkan Olahragawati kategori perempuan Senior bermasalah pembelajaran.
Tahniah kepada semua atlet kerana telah berjaya mengharumkan nama sekolah dan Daerah Lipis.

KECEMERLANGAN INSAN ISTIMEWA, KEGEMILANGAN BERSAMA





24 May 2011

ANUGERAH SERI BESTARI PERINGKAT DAERAH LIPIS 2011

24 MEI  2011Bertempat di Hotel Lipis Centre point, Kuala Lipis telah di adakan  Anugerah Seri Bestari Peringkat Daerah. Majlis ini di anjurkan oleh Pejabat Pelajaran Daerah Lipis dengan Kerjasama Pusat Kegiatan Guru Daerah Lipis dan PERPUSPA Daerah Lipis,
           Anugerah-Anugerah yang dipertandingkan  Anugerah Tokoh Nilam, Anugerah PSS. ANUGERAH Makmal Komputer, Anugerah Pusat Akses,Anugerah Anugerah GPM & GPB Daerah Lipis dan Anugerah Khas Juri.
SMK Orang Kaya Haji telah berjaya memenangi Johan Tokoh Nilam iaitu Siti Aina Safrina binti Rostam. Anugerah Makmal Komputer tempat ketiga untuk kategori Sekolah menengah Bandar.Anugerah GPM &GPB terbaik peringkat daerah tempat ketiga disandang oleh Puan Akmawati 




19 May 2011

PEMANTAUAN PPD SEMPENA NEW DEALS

19 MEI  2011—Kehadiran Pegawai Pelajaran Daerah iaitu Tuan Haji.Basirun bin Haji Abdullah Hasim bersama Encik Shahrum ke SMK Orang Kaya Haji sebagai tanda sokongan kerana SMK Orang Kaya Haji       merupakan satu-satunya sekolah menengah di daerah Lipis yang tercalon dalam New Deals.

             Terima kasih atas nasihat dan tunjuk ajar tuan kepada kami, Harapan tuan    untuk kejayaan kami begitu dihargai. Semoga SMK Orang Haji dapat membanggakan Daerah Lipis.


18 May 2011

Kandid kamera hari guru 2011














Selamat Hari Guru-SAMBUTAN HARI GURU PERINGKAT SEKOLAH


16 MEI 2011– Telah berlangsung sambutan hari guru peringkat SMKOKH   dengan TEMA “GURU PENJANA TRANSFORMASI  PENDIDIKAN NEGARA”. Atur cara majlis dimulakan seawal pukul 7.20 pagi di mana semua pelajar dan guru dan dif-dif      jemputan berhimpun di dataran Semarak Ilmu mendengar perutusan-perutusan sempenan hari guru, Seterusnya, diikuti    dengan bacaan ikrar guru, persembahan koir guru, persembahan guru dan pelajar, penyampaian anugerah guru .penyampaian cenderahati kepada guru kelas dan Penyampaian hadiah kepada tokoh guru serta ucapan tokoh guru. Tokoh guru pada tahun ini ialah En. Roslani bin Idris iaitu salah seorang bekas pengetua Smk Orang Kaya Haji.
Aktiviti  selepas rehat pula ialah acara sukaneka guru mengikut rumah sukan. Seterusnya, diikuti dengan               pertandingan memasak guru lelaki dan guru perempuan,pertandingan teka-kata serta pertandingan gubahan. Acara    kemuncak yang ditunggu-tunggu ialah demonstrasi memasak oleh Tuan Pengetua dengan menunya Kuih Cara Berlauk dan Kuih koci.

9 May 2011

PENYAMPAIAN SIJIL DAN WANG YAYASAN PAHANG

09 MEI 2011- Seramai 4 orang pelajar cemerlang di dalam PMR 2010 telah menerima sijil penghargaan dan wang      sumbangan Yayasan Pahang yang disampaikan oleh Guru    Penolong Kanan Pentadbiran En. Shaharin bin Abdullah, mereka yang terlibat ialah Nor Amanina bt Osman, Siti Nurul Aina Safrina, Nor Shahirah dan Nur Sharlindah.  Tahniah kepada mereka yang Berjaya. Semoga ini adalah merupakan titik permulaan untuk kejayaan yang seterusnya.




Pelajar ikuti kem kepimpinan 1Malaysia

Seramai 240 pelajar sekolah menengah daerah Lipis menyertai Kem Kepimpinan dan Bina Insan 1Malaysia untuk menjadi pemimpin yang mempunyai keterampilan dan disegani sejak di bangku sekolah lagi.
Ketua Unit, Sektor Pembangunan Kemanusiaan Pejabat Pelajaran Daerah (PPD) Lipis, Shahrom Othman berkata, kem itu diadakan setiap tahun bagi memberi pendedahan kepada para pelajar asas-asas kepimpinan agar dapat menjadi pemimpin di peringkat sekolah secara berkesan.
"Sebagai pemimpin pelajar di peringkat sekolah, mereka merupakan mata dan telinga guru-guru. Maka, mereka perlu diberi pendedahan ciri-ciri dan asas-asas untuk menjadi pemimpin yang dihormati dan berketerampilan di peringkat sekolah," katanya.
Beliau berkata demikian pada majlis perasmian kem empat hari tiga malam itu di Pusat Kokurikulum Kampung Lalang, PPD Lipis, Pahang, baru-baru ini.
Shahrom menambah, melalui program seperti ini, ia dapat merapatkan hubungan antara pemimpin pelajar sekolah yang berlainan.
SEBAHAGIAN peserta Kem Kepimpinan dan Bina Insan 1Malaysia tekun mendengar ceramah di Lipis, Pahang, baru-baru ini.

"Mereka dapat bertukar-tukar pandangan dan pengalaman untuk dijadikan panduan sebagai pemimpin di sekolah," ujarnya.
Program ini melibatkan ketua pelajar, pengawas, ketua kelas, pengerusi persatuan dan kelab di sekolah masing-masing.
Antara sekolah yang terlibat ialah Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Kuala Lanar, SMK Kerambit, SMK Clifford, SMK Sg Koyan, SMK Seri Lipis, SMK Setia Wangsa dan SMK Orang Kaya Haji.
Sepanjang kem tersebut, semua pelajar tidur dalam khemah yang didirikan sendiri di kawasan padang bertujuan memupuk amalan gotong-royong dan kesepakatan dalam sesuatu aktiviti.
Pengisian program ialah ceramah ikhtiar hidup dan pengurusan diri; pengurusan persatuan dan kelab; pengurusan unit beruniform dan ceramah motivasi.
Seorang peserta, Muhammad Idham Najmi, 13, dari SMK Kerambit berkata, program ini banyak membantu dirinya dan para peserta untuk lebih memahami tugas serta peranan sebagai pemimpin pelajar.

4 May 2011

PEMILIHAN TOKOH NILAM

Bertempat  Pusat Kegiatan Guru Daerah Lipis satu pemilihan tokoh Nilam telah     diadakan, SMK Orang Kaya Haji telah menghantar tiga orang wakil dalam pemilihan tersebut iaitu Siti Nor Aina Safrina, Mohd Farid Izzuddin, Mohamad Alif Kamaruzaman. Dalam pemilihan tersebut Siti Nor Aina telah berjaya  sebagai tokoh Nilam peringkat daerah bagi kategori Sekolah menengah Bandar.



PELANCARAN BULAN SAINS DAN MATEMATIK

4 MEI 2011– Bertempat di Dataran Semarak Ilmu satu    pelancaran Bulan Sains dan Matematik Peringkat sekolah   telah diadakan. Majlis ini telah dirasmikan oleh Encik Hassan Basri iaitu Pegawai Pelajaran Daerah Unit Bahasa.
             Antara yang dijalankan sepanjang Bulan Sains dan Matematik ini ialah pertandingan Peta Konsep Sains, Pertandingan buku skrap Sains,Pertandingan buku skrap  Matematik, Kuiz berdasarkan Pameran Sains, teka-teki Matematik, Treasure Hunt, Pertandingan Membina Menara, Pertandingan Gubahan Bahan Terbuang, Eksplorasi Sains, Projek Herba, dan Pameran Sains dan Tayangan Video.