4 May 2011

PELANCARAN BULAN SAINS DAN MATEMATIK

4 MEI 2011– Bertempat di Dataran Semarak Ilmu satu    pelancaran Bulan Sains dan Matematik Peringkat sekolah   telah diadakan. Majlis ini telah dirasmikan oleh Encik Hassan Basri iaitu Pegawai Pelajaran Daerah Unit Bahasa.
             Antara yang dijalankan sepanjang Bulan Sains dan Matematik ini ialah pertandingan Peta Konsep Sains, Pertandingan buku skrap Sains,Pertandingan buku skrap  Matematik, Kuiz berdasarkan Pameran Sains, teka-teki Matematik, Treasure Hunt, Pertandingan Membina Menara, Pertandingan Gubahan Bahan Terbuang, Eksplorasi Sains, Projek Herba, dan Pameran Sains dan Tayangan Video.