18 May 2009

SAMBUTAN HARI GURU, JOM BELAJAR 2 DAN PENYAMPAIAN HADIAH HEM

Pada 18 Mei yang lalu, SMKOKH telah mengadakan sambutan Hari guru sempena Hari Guru pada 16 Mei. Sambutan diadakan untuk meraikan guru-guru yang telah menaburkan jasa di SMKOKH ini. Acara di mulakan dengan perhimpunan rasmi di tapak perhimpunan. Selepas itu sambutan diteruskan lagi dengan acara sukan iaitu sukaneka dan pertandingan bola baling antara guru dan pelajar untuk kategori lelaki dan perempuan. Sambutan diakhiri dengan Jamuan makan tengah hari dan penyampaian hadiah.