1 Jul 2009

PELANCARAN JULAI BULAN MEMBACA

Pada 1hb Julai diadakan pelancaran sempena “Julai Bulan       Membaca”. Pelancaran ini disempurnakan oleh GPK Pentadbiran En. Radzuan B. Abd. Wahab  bertempat di tapak perhimpunan SMKOKH.




24 Jun 2009

HARI KOPERASI SEKOLAH, HARI TERBUKA, HARI KANTIN, PAMERAN AGENSI KERAJAAN DAN MAJLIS KONSULTANSI

Pada 24hb Jun 2009, diadakan sambutan Hari Koperasi Sekolah yang dirasmikan oleh Puan Pengetua, Pn. Hjh. Rosidah Bt. Kamaludin di tapak perhimpunan. Hari Koperasi tahun ini bertemakan “Integrasi Koperasi Sekolah dan Koperasi Dewasa Teras Kecemerlangan”.

Pada hari yang sama, diadakan majlis konsultansi bersama penjaga bagi semua pelajar dari tingkatan 1 hingga tingkatan 5.

Selain itu, Hari Terbuka dan Pameran dari agensi kerajaan juga diadakan.Gerai-gerai jualan juga ada dibuka untuk memupuk minat pelajar dalam bidang perniagaan.Semua majlis pada hari tersebut berjalan dengan lancar


18 May 2009

SAMBUTAN HARI GURU, JOM BELAJAR 2 DAN PENYAMPAIAN HADIAH HEM

Pada 18 Mei yang lalu, SMKOKH telah mengadakan sambutan Hari guru sempena Hari Guru pada 16 Mei. Sambutan diadakan untuk meraikan guru-guru yang telah menaburkan jasa di SMKOKH ini. Acara di mulakan dengan perhimpunan rasmi di tapak perhimpunan. Selepas itu sambutan diteruskan lagi dengan acara sukan iaitu sukaneka dan pertandingan bola baling antara guru dan pelajar untuk kategori lelaki dan perempuan. Sambutan diakhiri dengan Jamuan makan tengah hari dan penyampaian hadiah.





25 Apr 2009

HARI ANUGERAH CEMERLANG AKADEMIK SMKOKH 2009

Pada 25hb April pula SMKOKH telah mengadakan Hari Anugerah Cemerlang Akademik,Majlis ini dirasmikan oleh Pengarah Institut Perguruan Malaysia,Kampus Tengku Ampuan Afzan,Kuala Lipis. Majlis diserikah dengan persembahan-persembahan daripada pelajar SMKOKH.







18 Apr 2009

LATIHAN DALAM PERKHIDMATAN DAN MAJLIS PERPISAHAN

Pada 18hb yang lepas, satu kursus untuk guru-guru di SMKOKH telah diadakan.Kursus tersebut dihadiri oleh semua guru dan berakhir dengan majlis perpisahan. Majlis tersebut diraikan sempena pertukaran En. Mat Jabar ke Pejabat Pelajaran Daerah Lipis dan guru-guru praktikal yang telah tamat latihan mengajar serta guru-guru GSST yang telah tamat perkhidmatan di SMKOKH.




15 Apr 2009

KEJOHANAN BOLA BALING PERINGKAT DAERAH LIPIS

Satu kejohan bola baling telah diadakan pada 15 dan 16 April di Padang SMK Orang Kaya Haji. Kejohanan ini    disertai oleh semua sekolah menengah dan sekolah rendah di Daerah Lipis. Sekolah menegah dimenangi oleh  oleh tuan rumah SMK Orang Kaya Haji bagi kategori Perempuan Bawah 18 Tahun dan bagi kategori Lelaki dimenangi oleh SMK Benta. SMK Benta  mempertahankan kejuaraannya yang dipegang pada tahun lepas. Majlis Penutup dihadiri oleh Pengetua SMKOKH iaitu Pn. Hjh. Rosidah Bt. Kamaludin





11 Apr 2009

PROGRAM HIDAYAH DAN CUTI PERSEKOLAHAN GANTI

Pada 11hb April 2009 merupakan hari persekolahn ganti untuk menggantikan cuti pada musim perayaan nanti.   Pihak sekolah  telah mengadakan program hidayah untuk pelajar. Pelajar yang terlibat ialah pelajar tingkatan 4     




10 Apr 2009

KEM KEPIMPINAN PELAJAR, KEJOHANAN BOLA BALING, PROGRAM HIDAYAH &CUTI PERSEKOLAHAN GANTI, MAJLIS PERPISAHAN, HARI ANUGERAH CEMERLANG, PERSEMBAHAN GERKO DAN SUDUT BARU DI SMKOKH.

Pada 10, 11 dan 12hb April diadakan Kem Kepimpinan Pelajar  SMKOKH di Pusat Belia Daerah Raub. Seramai 100 orang pelajar yang mengikuti program itu yang    terdiri daripada pengawas sekolah, pengawas pusat sumber, exco asrama, exco   asrama pusat, pengerusi dan setiausaha kelab/persatuan  serta ketua kelas. Semua pelajar yang terlibat merupakan pelajar tingkatan 1, 2, 3 dan 5 sahaja. Program ini dikendalikan oleh guru-guru praktikal dan diselia oleh guru-guru dari unit            kaunseling,badan pengawas sekolah dan unit disiplin. Pada minggu yang seterusnya diadakan pula Kem Kempinan di Cherating, Kuantan. Pelajar yang terlibat terdiri   daripada pelajar tingkatan 4 yang berjawatan. Guru yang mengiringi pelajar tersebut ialah En. Johari dan En. Ahmad Zamri. 




30 Mar 2009

PAMERAN BUKU 2009

Pada  30 dan 31hb  telah diadakan pameran buku. Pameran diadakan di Kantin Sekolah Menengah Kebangsaan Orang Kaya Haji. Pelajar-pelajar digalakkan membeli buku  rujukan ketika pameran diadakan.





16 Mar 2009

15 Mar 2009

PENYAMPAIAN HADIAH ANUGERAH NILAM DAN KUIZ RUKUN NEGARA

Baru-baru ini berlangsung acara penyampaian hadiah bagi Anugerah NILAM 2009. Pelajar-pelajar yang dapat anugerah ini diberi ganjaran oleh Pusat Sumber Sekolah SMKOKH.     Anugerah     disampaikan oleh Pn. Pengetua, Pn. Hjh. Rosidah Bt. Kamaludin. Selain itu,      penyampaian hadiah untuk Kuiz Rukun      Negara turut berlangsung.   Pemenang-pemenang di beri hadiah setelah soalan kuiz di adili oleh guru yang berkenaan.




13 Mar 2009

Sambutan maulidur rasul peringkat sekolah

Smkokh  telah mengadakan Sambutan Maulidur Rasul peringkat sekolah yang bertemakan “WAHDAH PEMANGKIN KHARYU UMMAH” pada  13 Mac 2009 bertempat di Tapak Perhimpunan SMKOKH. Program ini dianjurkan oleh PKKP BINA INSAN dan PANITIA PENDIDIKAN ISLAM. Sambutan ini juga diserikan dengan perarakan pelajar serta guru-guru di dalam kawasan sekolah serta bacaan kitab suci Al Quran oleh pelajar.  Ceramah juga diadakan dan disampaikan oleh Kapten Muhammad Shukor bin Said






10 Mar 2009

PROGRAM GERAKAN MEMBACA

Pada 10,11,12 dan 13hb  telah diadakan      Program  Gerakan Membaca anjuran Pusat sumber  Sekolah  Menengah Kebangsaan Orang Kaya Haji. Setiap kelas diwajibkan masuk ke Pusat Sumber pada 2 waktu mata         pelajaran  Bahasa Melayu bersama-sama guru mata  pelajaran  dan    diwajibkan   membaca tiga buah buku serta  ditulis di dalam buku NILAM.




6 Mar 2009

PROGRAM JOM BELAJAR

Pada  6,7,8 dan 9hb  kelas tambahan atau program jom belajar telah diadakan untuk pelajar-pelajar tingkatan 3 dan 5. Pelajar yang terlibat    ialah kelas 3 taat, 3 usaha dan 3 jaya serta tingkatan 5 taat, 5 usaha sdan 5 jaya. Tenaga pengajar semuanya terdiri daripada guru-guru SMKOKH.