23 Dec 2010

KEPUTUSAN PMR 2010

Pada 23 Disember 2010 merupakan tarikh keramat yang mendebarkan kepada pelajar Tingkatan 3. Pada tarikh ini keputusan PMR 2010 telah diumumkan. Pelajar SMK Orang Kaya Haji memperolehi Keputusan yang begitu membanggakan. Seramai 3 orang pelajar berjaya mencapai 8A. Pelajar tersebut ialah Farah Hanani, Zulaikha dan Siti Nurul Aina. Manakala, seramai 3 orang pelajar berjaya memperoleh 7A dan 2 orang memperoleh 5A. Keputusan PMR 2010 ini merupakan pencapaian terbaik sepanjang 10 tahun iaitu 55.05%. Tahniah kepada semua pelajar yang berjaya dan kepada pelajar yang kurang bernasib baik,jangan berputus asa, teruskan usaha anda. Kejayaan akan menjadi milik insan yang berusaha