18 May 2011

Selamat Hari Guru-SAMBUTAN HARI GURU PERINGKAT SEKOLAH


16 MEI 2011– Telah berlangsung sambutan hari guru peringkat SMKOKH   dengan TEMA “GURU PENJANA TRANSFORMASI  PENDIDIKAN NEGARA”. Atur cara majlis dimulakan seawal pukul 7.20 pagi di mana semua pelajar dan guru dan dif-dif      jemputan berhimpun di dataran Semarak Ilmu mendengar perutusan-perutusan sempenan hari guru, Seterusnya, diikuti    dengan bacaan ikrar guru, persembahan koir guru, persembahan guru dan pelajar, penyampaian anugerah guru .penyampaian cenderahati kepada guru kelas dan Penyampaian hadiah kepada tokoh guru serta ucapan tokoh guru. Tokoh guru pada tahun ini ialah En. Roslani bin Idris iaitu salah seorang bekas pengetua Smk Orang Kaya Haji.
Aktiviti  selepas rehat pula ialah acara sukaneka guru mengikut rumah sukan. Seterusnya, diikuti dengan               pertandingan memasak guru lelaki dan guru perempuan,pertandingan teka-kata serta pertandingan gubahan. Acara    kemuncak yang ditunggu-tunggu ialah demonstrasi memasak oleh Tuan Pengetua dengan menunya Kuih Cara Berlauk dan Kuih koci.