25 Jan 2013

Larian Merentas Desa SMKOKH 2013

Assalamualaikum,
Pada 23 Januari 2013, SMKOKH telah mengadakan Larian Merentas Desa peringkat SMKOKH untuk tahun 2013. Pertandingan ini diadakan bukan sahaja untuk membolehkan setiap pelajar memperoleh mata individu untuk rumah sukan yang ditandingi tetapi juga untuk mecari wakil SMKOKH untuk ke peringkat daerah.

Pertandingan bermula pada pukul 7.40 pagi dan berakhir pada pukul 10.30. Pertandingan terbahagi kepada empat kategori iaitu lelaki bawah 18 tahun, lelaki bawah 15 tahun, perempuan bawah 18 tahun dan perempuan bawah 15 tahun.

Sebelum pertandingan, para peserta dibekalkan dengan kudapan pagi serta tanda kumpulan dan tidak kurang juga kata-kata semangat termasuk tawaran hadiah tempat pertama di dalam bentuk wang tunai, inisiatif guru rumah sukan masing-masing.

Keputusan Larian Merentas Desa SMKOKH 2013 :
[akan diupdate]




















17 Jan 2013

Majlis Perpisahan Pn Hajah Rosidah bt. Kamaludin

Assalamualaikum.
Pada 15 Januari 2013, telah berlangsungnya Majlis Perpisahan Pn Hajah Rosidah bt. Kamaludin, mantan Pengetua SMKOKH yang telah pun memulakan perkhidmatan sebagai Pengetua baru di sekolah kluster kecemerlangan SMK Clifford Kuala Lipis.


Turut bersama di dalam majlis ini adalah Tuan Pengetua Syed Mohamad Syed Agil, YDP PIBG Tuan Haji Hamdan bin Dilu serta Ustazah Saadiah dan Puan Nadhirah yang baru sahaja berpindah ke sekolah baru pada tahun 2012.


Penyampaian cenderahati kepada Ustazah Saadiah dan Puan Nadhirah dari pihak kelab guru SMKOKH.


Majlis diteruskan dengan penyampaian cenderahati oleh wakil PIBG, wakil staf sokongan, kelab guru SMKOKH dan ketua-ketua bidang.









  Majlis diakhiri dengan salam-salaman antara guru perempuan SMKOKH dan puan pengetua Hajah Rosidah bt Kamaludin.


Kami warga SMKOKH mendoakan agar Pn Hajah Rosidah akan terus cemerlang dan gemilang di sekolah baru dan membawa SMK Clifford ke mercu yang lebih tinggi.



15 Jan 2013

Selamat Datang Tn. Hj. Syed Mohamad bin Syed Agil




Assalamualaikum.
Pada 15 Januari 2013 telah berlangsungnya perhimpunan khas sempena kehadiran pengetua baru di Sekolah Kebangsaan Orang Kaya Haji iaitu Tn. Hj. Syed Mohamad bin Syed Agil adalah nama yang tidak asing lagi di mana-mana sekolah khususnya di daerah Lipis kerana beliau dikenali sebagai seorang yang sangat peramah dan mengambil berat akan kebajikan para pelajar, guru dan staf sokongan di bawah jagaan.

Lebih selesa dengan panggilan Ayahanda oleh para pelajar, Tn. Hj. Syed Mohamad telah menyampaikan amanat awal beliau kepada para pelajar termasuklah untuk menjadikan sekolah sebagai tempat yang seronok untuk datang, dasar sekolah terbuka di mana masyarakat boleh menggunakan perkhidmatan dan infrastruktur sekolah secara terkawal dan membasmi budaya ponteng sekolah.

Selamat datang diucapkan kepada Tn. Hj. Syed Mohamad dari pihak SMKOKH. Semoga kehadiran Tuan dapat menyemarakkan lagi nama SMKOKH di persada negara!