23 Feb 2011

LAWATAN PENANDA ARAS

23 FEBRUARI 2011,  pihak PSS SMKOKH telah mengadakan lawatan penanda aras ke SMK Inderapura dan SMK Temin, Jerantut, Pahang.  Seawal 8.00 pagi, rombongan Pengawas PSS dan  guru pengiring telah bertolak ke sekolah tersebut.  Tujuan lawatan ini adalah untuk melihat dengan lebih dekat kelebihan sekolah-sekolah tersebut terutamanya Pusat Sumber Sekolah dan bilik-bilik khas untuk penambahbaikan di SMKOKH.  Di sekolah tersebut, rombongan diberi penerangan dan perkongsian pelbagai ilmu yang boleh diaplikasikan di SMOKH nanti. 







21 Feb 2011

PROGRAM PENCEGAHAN ANTI DADAH (PPDa)

21 FEBRUARI 2011, unit PPDa SMKOKH telah menganjurkan ceramah bagi memberikan kesedaran kepada pelajar tentang bahaya dadah.  Dua orang pegawai dari Agensi Anti Dadah Kebangsaan cawangan Kuala Lipis iaitu En. Mohd Faiz Bin Ahmad Johari dan En. Abdul Razak Bin Ahmad telah hadir untuk menyampaikan ceramah dan berkongsi maklumat tentang dadah.  Pelbagai maklumat yang sangat berguna tentang bahaya dadah dan kesannya kepada seseorang individu terutamanya pelajar dapat dijadikan pedoman supaya tidak terlibat dengan dadah.  Salah satunya adalah aktiviti menghidu gam yang boleh merosakkan otak  sekaligus akan memberi kesan terhadap pembelajaran dan akan menjejaskan masa depan pelajar.

19 Feb 2011

SUKAN TAHUNAN SEKOLAH

19 FEBRUARI 2011 merupakan tarikh keramat yang begitu dinanti-nantikan oleh seluruh warga SMKOKH iaitu Temasya Sukan Tahunan SMKOKH kali ke 46. Temasya sukan ini telah dirasmikan oleh Yang Dipertua PIBG Tuan Haji Hamdan Bin Dilu. Temasya bermula seawal pada pukul 7.40 pagi, dimulakan dengan acara perbarisan dan lintas hormat,kemudian diikuti dengan pemeriksaan rumah sukan.  Acara lain yang turut dipertandingkan ialah 100 meter,  4x400 meter, 4 x 100 meter antara rumah dan 4 x 100 meter jemputan, serta acara untuk pelajar  pendidikan khas. Rumah Syahbandar berjaya mengungguli juara keseluruhan sukan tahunan 2011 menamatkan kemarau penantian selama 7 tahun. Tempat kedua rumah Temenggung, ketiga rumah Bendahara dan keempat rumah Temenggung. Tahniah kepada yang berjaya. Kepada yang tidak bernasib baik, jangan putus asa tahun  depan cuba lagi.



18 Feb 2011

KEJOHANAN MERENTAS DESA PERINGKAT NEGERI

Pada 18 FEBRUARI 2011, seramai 5 orang pelajar SMKOKH telah terpilih mewakili daerah Lipis ke kejohanan merentas desa peringkat negeri di SM Sains Sultan Haji Ahmad Shah, Pekan.  Pelajar tersebut ialah Wak Pendi, Adiba, Salmah, Wak Sejati dan Nur Husna.  Keputusan pertandingan ini, Salmah mendapat tempat ke 29, Wak Pendi ke 38, Wak Sejati ke 54, Nur Husna ke 59 manakala Adiba gagal menamatkan larian kerana tercedera.  





16 Feb 2011

ACARA AKHIR SEBELUM SUKAN

Pada 16 FEBRUARI 2011, acara akhir sebelum temasya   sukan telah diadakan di padang SMK Orang Kaya Haji. Antara acara yang dipertandingkan ialah acara padang seperti rejam lembing, lontar peluru, lempar cakera, lompat Jauh dan lompat tinggi. Sebahagian acara balapan juga turut dipertandingkan dalam acara akhir iaitu larian  terbuka 1500 meter kategori lelaki dan perempuan, 800 meter terbuka, 400 meter mengikut kategori dan  200 meter mengikut kategori. Semangat kesukanan yang ditunjukkan oleh guru dan pelajar   begitu menyerlah sekali. Pelajar yang terlibat begitu bersemangat untuk   memenangi acara dan secara tidak langsung dapat menyumbangkan mata kepada rumah sukan masing-masing.





SUKANTARA

Pada 16 FEBRUARI 2011, berlangsung acara sukantara yang melibatkan semua pelajar SMKOKH. Tepat jam 7.40 pagi, semua pelajar berkumpul di tapak perhimpunan mengikut rumah sukan masing-masing bagi urusan pendaftaran acara yang akan disertai oleh semua pelajar.  Bagi sukantara ini hanya melibatkan beberapa acara sahaja iaitu acara lontar peluru, lompat jauh, acara balapan 100 meter dan 200 meter.  Setiap acara melibatkan 4 kategori iaitu Lelaki A (bawah 18 tahun), Perempuan A (bawah 18 tahun), Lelaki B (bawah 15 tahun), Perempuan B (bawah 15 tahun).






12 Feb 2011

IMAM MUDA

12 FEBRUARI 2011, seramai 6 orang pelajar SMKOKH iaitu Farish Izuddin (4T), Mohammad Alif (4T), Mohammad Fazri (5T), Muhammad Arsyad (5U), Nur Izhan Shah (4U) dan Nur Akma (3T) telah menyertai program Imam Muda di SM (A) Padang Tengku.  Pada hari tersebut pelbagai aktiviti telah diadakan bersama Imam Muda Arsyraf.  Antaranya adalah ceramah motivasi diri, soal jawab bersama Imam Muda Arsyraf, Teori dan Amali tentang persediaan sebagai Imam dan banyak lagi aktiviti yang sangat berguna untuk peserta program Imam Muda ini.