21 Jan 2009

WATIKAH PERLANTIKAN PENGAWAS SEKOLAH SMKOKH 2009

Pada   21 Januari 2009  telah berlangsung Perlantikan Pengawas Sekolah SMKOKH untuk tahun 2009. Penyampaian watikah disempurnakan oleh Pn. Hjh. Rosidah Bt. Kamaludin, Pengetua SMKOKH.Selepas penyampai watikah berlangsungnya  bacaan ikrar oleh pengawas sekolah  untuk tahun 2009.




16 Jan 2009

ACARA MERENTAS DESA PERINGKAT SMKOKH 2009

Pada    16 Januari 2009             SMKOKH telah mengadakan acara merentas desa peringkat sekolah.Acara disertai oleh semua pelajar SMKOKH yang terdiri daripada 4 kategori.Kategori pertama ialah Lelaki A iaitu pelajar-pelajar tingkatan 4 dan 5,kategori kedua Lelaki B iaitu pelajar tingkatan 1,2 dan 3,kategori ketiga Perempuan A iaitu pelajar tingkatan 4 dan 5 dan kategori terakhir ialah Perempuan B iaitu pelajar tingkatan 1,2 dan 3.Larian ini dilepaskan oleh Puan Hajjah Rosidah Bt. Kamaludin,Pengetua SMK Orang Kaya Haji. Pemenang dikira sehingga tempat kesepuluh untuk setiap kategori.





5 Jan 2009

PENDAFTARAN PELAJAR TINGKATAN 1

SELAMAT DATANG PELAJAR-PELAJAR BARU TINGKATAN SATU DAN SELAMAT KEMBALI KE SEKOLAH KEPADA SEMUA  WARGA  SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN ORANG KAYA HAJI…

ASSALAMUALAIKUM..
SELAMAT DATANG KE SMK ORANG KAYA HAJI BUAT SEMUA PELAJAR BARU DAN     SELAMAT KEMBALI KE SEKOLAH BUAT SEMUA GURU DAN PELAJAR  SMK ORANG KAYA HAJI PADA TAHUN 2009 INI DARIPADA PIHAK BULETIN  PSS SMK ORANG KAYA HAJI.

Pada 5hb Januari 2009, SMK Oarang Kaya Haji telah menerima seramai …..orang  pelajar baru tingkatan satu. Pendaftaran pelajar-pelajar  diadakan pada 4hb Januari 2009.