29 Jan 2011

MESYUARAT AGUNG PIBG DAN AKUJANJI PELAJAR TINGKATAN 3 DAN 5

Pada 29 Januari 2011,Mesyuarat Agung PIBG dan Majlis Akujanji Pelajar Tingkatan 3 dan 5 bersama ibu bapa dan penjaga telah diadakan. Majlis ini dirasmikan oleh YB Dato’ Wan Rosdy Bin Wan Ismail (Exco Pembangunan Luar     Bandar dan Hal Ehwal Orang Asli)





24 Jan 2011

PENYERAHAN WATIKAH PELANTIKAN PENGAWAS SEKOLAH DAN PENGAWAS PUSAT SUMBER

Pada 24 Januari 2011, diadakan Majlis Penyerahan Watikah Pelantikan Pemimpin Pelajar iaitu Pengawas Sekolah dan Pengawas Pusat Sumber. Majlis ini dirasmikan oleh Tn. Pengetua iaitu Puan Hajah Roshidah Bt Kamaludin. Seramai 60 orang pelajar telah dilantik sebagai Pengawas Sekolah dan 36 orang pelajar sebagai Pengawas Pusat Sumber. Majlis dimulakan dengan ucapan Tuan Pengetua, dan seterusnya penyerahan watikah pelantikan. Seterusnya, bacaan ikrar oleh Ketua Pengawas iaitu Saudara Mohd Nur Aimanudin.




22 Jan 2011

LARIAN MERENTAS DESA PERINGKAT SEKOLAH

Pada 22 Januari 2011, acara Merentas Desa peringkat sekolah telah diadakan. Semua peserta larian telah berkumpul mengikut rumah sukan masing-masing. Peserta larian telah dilepaskan oleh Puan Pengetua SMKOKH. Acara merentas desa ini  telah dimenangi oleh Rumah Syahbandar,tempat kedua Rumah Bendahara, Ketiga Laksamana dan    tempat ke empat Rumah Temenggung.






19 Jan 2011

PERSEMBAHAN UNIT PAKAIAN SERAGAM

Pada 19 Januari 2011, Pasukan Bomba SMKOKH telah membuka tirai persembahan Unit Pakaian Seragam dengan mengadakan aktiviti pra fire drill yang dikendalikan oleh Encik Arman Syamsuri. Aktiviti ini dimulakan dengan semua pelajar diberi taklimat mengenai laluan keselamatan dan peraturan-peraturan fire drill. Keselurahannya, aktiviti ini berjaya dilaksanakan walaupun ada sesetengah pelajar sengaja melewat-lewatkan pergerakan mereka ke tempat berkumpul. Tahniah kepada pasukan Bomba SMKOKH.




4 Jan 2011

ORIENTASI PELAJAR TINGKATAN 1 DAN TINGKATAN 4

Pada 4 dan 5 Januari 201 1, diadakan Orientasi   bagi pelajar Tingkatan 1 dan Tingkatan 4. Pelajar-pelajar Tingkatan 1 didedahkan dengan persekitaran sekolah baru. Program ini dikendalikan Pn. Aida Bt Ghani iaitu Kaunselor SMKOKH. Pelbagai program dijalankan kepada mereka. Antaranya, lawatan ke sekitar kawasan sekolah. Program Orientasi pelajar
Tingkatan 4 pula dikendalikan oleh En. Johari Hisyam B. Jusoh juga  kaunselor SMKOKH.  Pelajar-pelajar Tingkatan 4 ini didedahkan dengan mata pelajaran elektif yang bakal diambil untuk pembelajaran bagi tahun 2011 / 2012.




2 Jan 2011

PENDAFTARAN PELAJAR TINGKATAN SATU DAN ASRAMA

Pada 2 Januari 2011 telah diadakan pendaftaran pelajar Tingkatan Satu dan pelajar asrama. Seawal pukul 8.30 pagi, ibu bapa, penjaga serta pelajar telah berkumpul di kantin sekolah untuk mendengar taklimat daripada pihak pentadbir.Seterusnya, mereka diagihkan mengikut sekolah untuk membuat pendaftaran anak masing-masing. Manakala pendaftaran untuk menduduki asrama  diuruskan oleh pihak warden dan penyelia asrama.