15 Jan 2013

Selamat Datang Tn. Hj. Syed Mohamad bin Syed Agil




Assalamualaikum.
Pada 15 Januari 2013 telah berlangsungnya perhimpunan khas sempena kehadiran pengetua baru di Sekolah Kebangsaan Orang Kaya Haji iaitu Tn. Hj. Syed Mohamad bin Syed Agil adalah nama yang tidak asing lagi di mana-mana sekolah khususnya di daerah Lipis kerana beliau dikenali sebagai seorang yang sangat peramah dan mengambil berat akan kebajikan para pelajar, guru dan staf sokongan di bawah jagaan.

Lebih selesa dengan panggilan Ayahanda oleh para pelajar, Tn. Hj. Syed Mohamad telah menyampaikan amanat awal beliau kepada para pelajar termasuklah untuk menjadikan sekolah sebagai tempat yang seronok untuk datang, dasar sekolah terbuka di mana masyarakat boleh menggunakan perkhidmatan dan infrastruktur sekolah secara terkawal dan membasmi budaya ponteng sekolah.

Selamat datang diucapkan kepada Tn. Hj. Syed Mohamad dari pihak SMKOKH. Semoga kehadiran Tuan dapat menyemarakkan lagi nama SMKOKH di persada negara!