10 Apr 2009

KEM KEPIMPINAN PELAJAR, KEJOHANAN BOLA BALING, PROGRAM HIDAYAH &CUTI PERSEKOLAHAN GANTI, MAJLIS PERPISAHAN, HARI ANUGERAH CEMERLANG, PERSEMBAHAN GERKO DAN SUDUT BARU DI SMKOKH.

Pada 10, 11 dan 12hb April diadakan Kem Kepimpinan Pelajar  SMKOKH di Pusat Belia Daerah Raub. Seramai 100 orang pelajar yang mengikuti program itu yang    terdiri daripada pengawas sekolah, pengawas pusat sumber, exco asrama, exco   asrama pusat, pengerusi dan setiausaha kelab/persatuan  serta ketua kelas. Semua pelajar yang terlibat merupakan pelajar tingkatan 1, 2, 3 dan 5 sahaja. Program ini dikendalikan oleh guru-guru praktikal dan diselia oleh guru-guru dari unit            kaunseling,badan pengawas sekolah dan unit disiplin. Pada minggu yang seterusnya diadakan pula Kem Kempinan di Cherating, Kuantan. Pelajar yang terlibat terdiri   daripada pelajar tingkatan 4 yang berjawatan. Guru yang mengiringi pelajar tersebut ialah En. Johari dan En. Ahmad Zamri.