5 Mar 2009

MAJLIS RAMAH MESRA DAN JAMUAN PERPISAHAN

Pada  5hb Mac 2009 Kelab Guru dan Staff telah mengadakan satu majlis iaitu Majlis Ramah Mesra. Majlis ini diadakan untuk kali pertama  dan bertujuan mengeratkan silaturrahim antara guru-guru serta staff sekolah dengan guru-guru GSST dan guru-guru praktikal.
Pada masa yang sama juga Kelab Guru dan Staff  mengadakan jamuan perpisahan  untuk guru-guru yang telah bertukar ke sekolah lain. Guru-guru yang telah bertukar ialah :
1. PN. NORANIZA BT. ZAINAL ABIDIN
2. EN. MOHD BAKRI B. ABDULLAH bertukar ke SMK KERAMBIT
3. EN. ALI B. MOHAMMAD bertukar ke SMK BENTA
Majlis berakhir pada jam 3.30 petang yang diakhiri dengan mesyuarat Agung kelab Guru dan Staff SMK Orang Kaya Haji.