Pada 2 Januari 2011 telah diadakan pendaftaran pelajar Tingkatan Satu dan pelajar asrama. Seawal pukul 8.30 pagi, ibu bapa, penjaga serta pelajar telah berkumpul di kantin sekolah untuk mendengar taklimat daripada pihak pentadbir.Seterusnya, mereka diagihkan mengikut sekolah untuk membuat pendaftaran anak masing-masing. Manakala pendaftaran untuk menduduki asrama diuruskan oleh pihak warden dan penyelia asrama.