11 JULAI 2011, SMKOKH telah melancarkan Karnival PSS 2011 anjuran Pusat Sumber bersama Bulan Bahasa dan Minggu Anti-Dadah. Karnival PSS ini telah dirasmikan oleh En. Hamzah bin Mat Jusoh, Pegawai Teknologi Pendidikan PKG Lipis.
Objektif Karnival PSS ini untuk :
· Melahirkan pelajar yang mampu menggunakan bahasa yang lancar dan komunikasi.
· Menanamkan minat membaca dan menjadikan murid suka membaca serta mengeratkan hubungan silatulrahim dalam kalangan semua warga SMKOKH melalui pelbagai aktiviti yang dianjurkan.
· Menggalakkan sekolah terus menjana idea, kreatif dan inovasi dalam semua bidang yang diceburi.
· Mewujudkan suasana pembelajaran yang menyeronokkan.
Aktiviti yang telah dianjurkan ialah : UNIT PPDa : Pertandingan Rekacipta Bahan CD dan powerpoint, Pertandingan Mewarna Mural, Mencipta Replika Dadah dan Rokok. Bidang Bahasa : Pertandingan Esei, Bercerita, Pidato, Spontan 2 minit, SIR, Story Telling, Buku Skrap.
Bidang Sains & Matematik : Sains Games, Taman Herba, Soduko, Skrap.
Bidang Kemanusiaan : Pertandingan Tilawah Al-Quran, Tulisan Jawi/Khat, Buku Skrap, Geografi Explorace.
Bidang Teknik & Voka : Gubahan kain, Melukis Poster, Rekacipta Banner/ICT
Pertandingan : Resensi Buku PSS, Sudut Pameran Setiap kelas, Penilaian Nilam Peringkat Sekolah, Penilaian Sudut M/P dan Laluan Ilmu.