Pada 25hb April pula SMKOKH telah mengadakan Hari Anugerah Cemerlang Akademik,Majlis ini dirasmikan oleh Pengarah Institut Perguruan Malaysia,Kampus Tengku Ampuan Afzan,Kuala Lipis. Majlis diserikah dengan persembahan-persembahan daripada pelajar SMKOKH.
25 Apr 2009
18 Apr 2009
LATIHAN DALAM PERKHIDMATAN DAN MAJLIS PERPISAHAN
Pada 18hb yang lepas, satu kursus untuk guru-guru di SMKOKH telah diadakan.Kursus tersebut dihadiri oleh semua guru dan berakhir dengan majlis perpisahan. Majlis tersebut diraikan sempena pertukaran En. Mat Jabar ke Pejabat Pelajaran Daerah Lipis dan guru-guru praktikal yang telah tamat latihan mengajar serta guru-guru GSST yang telah tamat perkhidmatan di SMKOKH.
15 Apr 2009
KEJOHANAN BOLA BALING PERINGKAT DAERAH LIPIS
Satu kejohan bola baling telah diadakan pada 15 dan 16 April di Padang SMK Orang Kaya Haji. Kejohanan ini disertai oleh semua sekolah menengah dan sekolah rendah di Daerah Lipis. Sekolah menegah dimenangi oleh oleh tuan rumah SMK Orang Kaya Haji bagi kategori Perempuan Bawah 18 Tahun dan bagi kategori Lelaki dimenangi oleh SMK Benta. SMK Benta mempertahankan kejuaraannya yang dipegang pada tahun lepas. Majlis Penutup dihadiri oleh Pengetua SMKOKH iaitu Pn. Hjh. Rosidah Bt. Kamaludin
11 Apr 2009
PROGRAM HIDAYAH DAN CUTI PERSEKOLAHAN GANTI
Pada 11hb April 2009 merupakan hari persekolahn ganti untuk menggantikan cuti pada musim perayaan nanti. Pihak sekolah telah mengadakan program hidayah untuk pelajar. Pelajar yang terlibat ialah pelajar tingkatan 4
10 Apr 2009
KEM KEPIMPINAN PELAJAR, KEJOHANAN BOLA BALING, PROGRAM HIDAYAH &CUTI PERSEKOLAHAN GANTI, MAJLIS PERPISAHAN, HARI ANUGERAH CEMERLANG, PERSEMBAHAN GERKO DAN SUDUT BARU DI SMKOKH.
Pada 10, 11 dan 12hb April diadakan Kem Kepimpinan Pelajar SMKOKH di Pusat Belia Daerah Raub. Seramai 100 orang pelajar yang mengikuti program itu yang terdiri daripada pengawas sekolah, pengawas pusat sumber, exco asrama, exco asrama pusat, pengerusi dan setiausaha kelab/persatuan serta ketua kelas. Semua pelajar yang terlibat merupakan pelajar tingkatan 1, 2, 3 dan 5 sahaja. Program ini dikendalikan oleh guru-guru praktikal dan diselia oleh guru-guru dari unit kaunseling,badan pengawas sekolah dan unit disiplin. Pada minggu yang seterusnya diadakan pula Kem Kempinan di Cherating, Kuantan. Pelajar yang terlibat terdiri daripada pelajar tingkatan 4 yang berjawatan. Guru yang mengiringi pelajar tersebut ialah En. Johari dan En. Ahmad Zamri.
Subscribe to:
Posts (Atom)