26 Aug 2011

MAJLIS KHATAM Al-QURAN DAN SAMBUTAN AMBANG SYAWAL

OGOS 2011 – Bertempat  di Madrasah Al-Munawarah telah di adakan majllis Khatam Al-Quran  dan sambutan Ambang syawal.Majlis ini bertujuan untuk menanamkan  kecintaan terhadap Al-Quran, serta memupuk silaturrahim antara pelajar,guru dan staf dengan lebih erat lagi.
Majlis ini bermula dengan perhimpunan pagi, kemudian diikuti dengan majlis khatam Al-Quran bagi pelajar islam manakala pelajar bukan islam pula satu program motivasi diadakan.
Seterusnya diadakan solat Dhuha dan solat Hajat bagi pelajar islam.K Majlis di akhiri dengan penyampaian infaq Ramadhan bagi anak yatim dan pelajar miskin







15 Aug 2011

PELANCARAN PROGRAM SEMARAK PEPERIKSAAN

15 OGOS 2011– Bertempat  di Dataran        Semarak Ilmu telah diadakan majlis perlancaran      Semarak Peperiksaan yang dianjurkan oleh Unit    Bimbingan dan Kaunseling SMK Orang Kaya Haji.      Majlis ini telah disempurnakan oleh Puan Pengetua SMK Orang Kaya Haji ,Puan Hajah Rosidah bt         Kamaludin.
Program in bertujuan untuk menyedarkan      pelajar  berkaitan dengan peperiksaan hampir tiba. Mewujudkan fenomena  demam                         peperiksaan. Memastikan semua guru dan pelajar bersedia untuk menempuhi peperiksan PMR dan SPM.





PEPERIKSAAN PERCUBAAN PMR 2011

Pada 15 hingga 22 Ogos 2011 peperiksaan percubaan PMR telah dijalankan. Seramai 148 orang calon yang mendaftar untuk menduduki peperiksaan PMR pada tahun ini dan 6 orang daripadanya adalah calon dari kelas pendidikan khas.

        Diharap semua calon dapat melakukan  yang terbaik untuk diri sendiri,keluarga dan sekolah.  Kami warga pendidik sentiasa mendoakan kejayaan anda semua. Semoga berjaya.



8 Aug 2011

PENYAMPAIAN HADIAH KARNIVAL PUSAT SUMBER DAN JULAI JOM MEMBACA

08 OGOS 2011 - Bertempat di Dataran      Semarak  Ilmu, satu majlis    penyampaian hadiah kepada pemenang-pemenang          pertandingan sempena karnival pusat sumber dengan kerjasama unt PPDa dan panitia-panitia matapelajaran. Hadiah telah       disampaikan oleh Puan Pengetua. 

Tahniah kepada para pemenang, kepada yang tidak berjaya jangan putus asa, tahun depan cuba lagi.






1 Aug 2011

PROGRAM SEMARAK RAMADHAN

Pada 01 OGOS 2011, bertempat di Dataran Semarak Ilmu berlansungnya majlis perlancaran  Program semarak Ramadhan ,Majlis ini dirasmikan oleh Ustaz  Ismail bin Yahya (Penyelia      pendidikan Islam, PPD Lipis,Program Semarak Ramadhan ini meliputi aktiviti-aktiviti yang akan dilaksanakan sepanjang bulan Ramadhan antaranya ialah Tadarus Al-Quran  dibawah           penyelarasan Ustazah Sa’adiah  bt Haji Ahmad,Siaran Nidar’ur Ramadhan diuruskan oleh      pengawas bertugas. Tazkirah Ramadhan yang disampaikan oleh ustaz dan ustazah,kempen ’Jom Solah Dhuha” & Infaq Ramadhan, Solat Hajat dan bacaan Yasin, Penyampaian Risalah Ihya Ramadhan kepada wakil kelas,Tazkirah Nuzul Al-Quran, dan diakhiri dengan majlis khatam     Al-Quran ,penyampaian Infaq Ramadhan dan Ambang Syawal yang diadakan pada 26 Ogos 2011.




SELAMAT MENJALANI IBADAH PUASA.


Dalam kesakitan teruji kesabaran
Dalam perjuangan teruji keikhlasan
Dalam ukhuwah teruji ketulusan
Dalam tawakkal teruji keyakinan
Hidup ini amat indah jika Allah menjadi tujuan
Selamat menunaikan ibadah puasa Ramadhan