23 Jul 2011

HARI KELUARGA SMKOKH 2011


23—24 JULAI 2011 telah berlangsungnya program        Hari Keluarga 2011 anjuran kelab guru dan staf     bertempat di Ipoh, Perak.
Hari keluarga tahun ini diadakan di Taman Tema Lost World of Tambun, Perak.
Hari keluarga ini diadakan untuk mengeratkan hubungan antara guru dan staf SMKOKH dan mewujudkan semangat setia kawan antara warga guru dan staf di samping     memberi pengalaman baru dan menikmati keindahan alam flora dan fauna.  








20 Jul 2011

MAJLIS PERPISAHAN GURU


Pada 20 JULAI 2011, telah diadakan jamuan perpisahan sempena pertukaran 2 orang guru SMKOKH iaitu Pn. Maswati bt. Malik yang telah bertukar ke SMK Padang Tengku dan Pn. Maznah bt. Che Daud bertukar ke SMK Sri Lipis.
Semoga Pn. Maswati dan Pn. Maznah dapat meneruskan kecemerlangannya di sekolah baru.





16 Jul 2011

SAMBUTAN HARI GURU PERINGKAT DAERAH LIPIS 2011


Pada 16 JULAI 2011, bertempat di Dewan SMK Benta berlangsungnya Sambutan Hari Guru     Peringkat Daerah Lipis 2011. “Guru Penjana Transformasi Pendidikan Negara” dipilih sebagai tema Hari Guru 2011 adalah bertepatan dengan hasrat Malaysia untuk membentuk sebuah negara yang bersatu padu dan mempunyai masa hadapan yang lebih cemerlang.
Majlis ini telah dirasmikan oleh Y.B Ir. Mohd Soffi bin Tan Sri Abdul Razak DSP.,DIMP.,AMP.
Untuk sambutan Hari Guru tahun ini, SMKOKH telah merangkul 5 anugerah iaitu Anugerah     Tandas Bersih, Wangi dan Berinformasi , Anugerah Inovasi Berkumpulan Sekolah Menengah oleh Sabiah bt. Aziz & Mohd Shahrizam bin Fee ( Keusahawanan urusniaga secara on-line PPKI ) , Anugerah Khas PPD , Anugerah Sekolah Cemerlang Sekolah Menengah Harian Berasrama , Anugerah Kepimpinan Perempuan Sekolah Menengah iaitu Pn. Hjh. Rosidah bt. Kamaluddin. Tahniah diucapkan.   Tokoh Guru Daerah Lipis tahun 2011 ialah Tuan Haji Zahari bin Haji Uda

13 Jul 2011

TANGISAN PALESTIN


Pada 13 JULAI 2011 telah berlangsungnya pelancaran program ‘Tangisan Palestin’ sempena Penghayatan Peristiwa Israk & Mikraj anjuran Unit Bina Insan SMKOKH. Tajuk ‘Tangisan Palestin’ dipilih untuk mengajak seluruh warga sekolah menghayati makna sebenar perjuangan rakyat Palestin.
Masjid suci Al-Aqsa di Palestin tidak dapat dipisahkan dari peristiwa Israk & Mikraj Rasulullah S.A.W. Malangnya ketika umat Islam seluruh dunia                  mengadakan sambutan sempena peristiwa Israk & Mikraj, Palestin sedang dibelenggu kezaliman Zionis.
Matlamat program ini untuk melahirkan warga sekolah agar lebih peka   dengan permasalahan dunia dan seterusnya supaya mengambil iktibar dari penderitaan rakyat Palestin dan
Program ini telah dirasmikan oleh GPK HEM SMKOKH , En. Shahibon b. Abu dengan melepaskan 5 ekor burung dalam sangkar sebagai simbolik      menyokong perjuangan membebaskan Palestin dari cengkaman Yahudi.




11 Jul 2011

KARNIVAL PSS 2011


11 JULAI 2011,  SMKOKH telah     melancarkan Karnival PSS 2011        anjuran Pusat Sumber bersama Bulan Bahasa dan Minggu Anti-Dadah.          Karnival PSS ini telah dirasmikan oleh     En. Hamzah bin Mat Jusoh, Pegawai Teknologi Pendidikan PKG Lipis.
Objektif Karnival PSS ini untuk :
· Melahirkan pelajar yang mampu menggunakan bahasa yang lancar dan komunikasi.
· Menanamkan minat membaca dan menjadikan murid suka membaca serta mengeratkan hubungan     silatulrahim dalam kalangan semua warga SMKOKH melalui pelbagai aktiviti yang dianjurkan.
· Menggalakkan sekolah terus     menjana idea, kreatif dan inovasi dalam semua bidang yang diceburi.
· Mewujudkan suasana pembelajaran yang menyeronokkan.

Aktiviti yang telah dianjurkan ialah :      UNIT PPDa : Pertandingan Rekacipta Bahan CD dan powerpoint, Pertandingan Mewarna Mural,  Mencipta Replika Dadah dan Rokok.                                     Bidang Bahasa : Pertandingan Esei, Bercerita, Pidato, Spontan 2 minit, SIR, Story Telling, Buku Skrap.
Bidang Sains & Matematik : Sains Games, Taman Herba, Soduko, Skrap.
Bidang Kemanusiaan : Pertandingan Tilawah Al-Quran, Tulisan Jawi/Khat, Buku Skrap, Geografi Explorace.
Bidang Teknik & Voka : Gubahan kain, Melukis Poster, Rekacipta Banner/ICT
Pertandingan : Resensi Buku PSS, Sudut Pameran Setiap kelas, Penilaian Nilam Peringkat Sekolah, Penilaian Sudut M/P dan Laluan Ilmu.

Pelajar PPKI SMKOKH masuk akhbar Utusan Malaysia Online!!!

Murid istimewa serlah bakat

Salah satu pasukan nasyid yang bertanding membuat persembahan pada Majlis Tilawah al-Quran Pendidikan Khas di SK Wan Ibrahim, Pahang, baru-baru ini.


Pelajar pendidikan khas daerah Lipis berjaya menyerlahkan bakat mereka dalam aktiviti keagamaan pada Majlis Tilawah al-Quran Pendidikan Khas di Sekolah Kebangsaan (SK) Wan Ibrahim, Pahang baru-baru ini.
Guru Penolong Kanan Program Pendidikan Khas Integrasi, Mohd. Bi Mohd. Samsuri berkata, Majlis Tilawah al-Quran ini diadakan untuk mencungkil bakat pelajar dan memilih mereka bagi mewakili daerah Lipis ke peringkat negeri.
"Bakat istimewa pelajar dapat dicungkil pada program yang diadakan selain secara tidak langsung memberi semangat kepada mereka untuk terus belajar.
"Program ini juga bertujuan memberi peluang kepada para pelajar sekolah ini untuk menyertai aktiviti kokurikulum seperti yang dilakukan oleh pelajar-pelajar di sekolah lain," katanya dalam satu kenyataan, baru-baru ini.
Sementara itu, Penyelia Kanan Agama Islam, Pejabat Pelajaran Daerah (PPD) Lipis, Nor Azmuddin Sulaiman berkata, majlis itu perlu diteruskan kerana ia memberi peluang kepada murid untuk mempertingkat potensi diri serta sahsiah bagi memenuhi tuntutan rohani.
"Program sebegini juga dilihat mampu mendedahkan murid kepada aspek-aspek keagamaan selaras dengan nilai-nilai murni yang terkandung dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan dan Falsafah Pendidikan Khas," katanya.
Beberapa acara telah dipertandingkan pada majlis tersebut termasuklah tilawah, hafazan, azan dan pertandingan nasyid yang melibatkan para pelajar dari Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Orang Kaya Haji, SMK Benta, SMK Sungai Koyan, Sekolah Kebangsaan (SK) Wan Ibrahim, SK Sungai Koyan, SK Benta dan SK Teluk Gunung.

Sumber : Utusan Online (bahagian sekolah)

2 Jul 2011

Larian Satu Murid Satu Sukan cipta rekod

TAIPING: Seramai 4.1 juta pelajar daripada 9,980 buah sekolah menengah dan sekolah rendah seluruh negara menyertai larian serentak Satu Murid Satu Sukan 1Malaysia peringkat kebangsaan hari ini sekali gus mencipta rekod Malaysia Book of Records (MBR) bagi kategori larian pelajar sekolah serentak terbesar. 

Larian sempena majlis pelancaran Dasar Satu Murid Satu Sukan itu dirasmikan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin di Padang Dataran Perbandaran Taiping di sini pagi ini.
Selain penyertaan pelajar, guru dan ibu bapa, larian berkenaan turut berlangsung serentak di 28 buah Institut Pendidikan Guru Malaysia (IPGM) dan 15 buah Kolej Matrikulasi seluruh negara.
Pada majlis pelancaran di sini, Timbalan Perdana Menteri melepaskan 15,000 peserta daripada 30 buah sekolah menengah dan 20 buah sekolah rendah dari sekitar Taiping. 

Larian tersebut bermula pada 7.45 pagi dan para peserta seluruh negara berlari sejauh 1.5 kilometer (km) manakala peserta di Taiping berlari pada jarak 1.85 km di sekitar Taman Tasik Taiping. 

Penyertaan 4,137,126 peserta itu dicatat dalam Malaysia Book of Records (MBR) bagi kategori larian terbesar dan diisytiharkan sebagai rekod baru oleh Diana Paul dari MBR dalam kategori larian serentak. 

Larian serentak terbesar yang direkodkan MBR sebelum ini ialah larian anjuran Kementerian Belia dan Sukan pada tahun 2000 dengan penyertaan 2.3 juta peserta. 
Turut menyertai Muhyiddin yang juga Menteri Pelajaran dalam larian pagi tadi ialah Menteri Besar Perak, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir, Setiausaha Kerajaan Negeri Perak, Datuk Seri Dr Abdul Rahman Hashim dan Ketua Pengarah Pelajaran, Datuk Abdul Ghafar Mahmud. 

Dalam ucapan semasa merasmikan program tersebut, Muhyiddin turut menekankan bahawa sukan adalah satu platform dalam pembentukan kemenjadian holistik dan sahsiah murid-murid selain membentuk integrasi nasional. 

"Sehubungan itu, bagi menjayakan matlamat dasar 1Murid 1Sukan, kesedaran serta komitmen yang jitu haruslah ditunjukkan oleh kepimpinan sekolah, setiap guru dan kakitangan sekolah," katanya. 

Larian berkenaan bertujuan memupuk budaya sukan dalam kalangan murid sekolah serta mempertingkatkan kesedaran masyarakat terhadap pentingnya penyertaan murid dalam aktiviti sukan. 

Kementerian sebelum itu mengumumkan hari larian berkenaan boleh dijadikan sebagai hari persekolahan oleh sekolah-sekolah yang mengambil bahagian, kerana selain acara larian itu, sekolah juga hendaklah mengadakan aktiviti pendidikan seperti hari persekolahan biasa. 

Dasar 1Murid 1Sukan mewajibkan setiap murid, termasuk murid berkeperluan khas yang tidak mengalami masalah kesihatan, untuk mengambil bahagian dalam sekurang-kurangnya satu jenis sukan yang ditawarkan oleh pihak sekolah atau yang dijalankan dengan pengetahuan dan persetujuan pihak sekolah. 

Ia berhasrat untuk membangunkan modal insan melalui penyertaan menyeluruh murid dalam kegiatan sukan sepanjang tahun serta memupuk budaya bersukan agar mereka menjadi ahli masyarakat yang mengamalkan gaya hidup sihat dan cergas. 

Dasar 1Murid 1Sukan yang menjadi serampang dua mata bagi melengkapkan skop pembangunan sukan sekolah dalam melahirkan pelajar seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani dan intelek. 

Dasar itu yang dilancarkan Mac lalu bertujuan memantapkan pembangunan sukan peringkat sekolah selaras program terdahulu iaitu Sukan Berprestasi Tinggi Sekolah (SPTS), khusus bagi membangunkan atlit sekolah cemerlang yang dilaksanakan sejak Julai 2008. 

Sementara itu, pelbagai acara lain turut diadakan sempena majlis itu, antaranya senamrobik, pertandingan sepak raga, futsal, bola jaring, tenis, bola tampar serta acara wall climbing. - BERNAMA 

LARIAN SERENTAK 1MURID , 1SUKAN , 1MALAYSIA


Pada 02 JULAI 2011, berlangsung majlis pelancaran larian serentak 1Murid, 1 Sukan ,1Malaysia. Larian 1M 1S 1M dilancarkan sempena Pelancaran Pelaksanaan Dasar 1Murid 1Sukan. Dasarnya mewajibkan setiap murid menyertai sekurang-kurangnya satu aktiviti sukan di sekolah.
Matlamat program ini untuk memupuk budaya bersukan dalam kalangan murid sekolah agar menjadi ahli masyarakat yang mengamalkan gaya hidup sihat dan cergas melalui aktiviti        bersukan dan menyokong Falsafah Pendidikan Kebangsaan.
   Semua pelajar, guru dan staf terlibat dalam larian ini. Tetamu Khas ialah Yang Dipertua PIBG Sekolah, Tn. Hj. Hamdan bin Dilu. Majlis bermula dari Padang Semarak Cergas SMKOKH dan     semua peserta larian akan berlari bersama-sama dalam jarak tidak kurang daripada 2.4 km. 




HARI ANUGERAH CEMERLANG SMKOKH


02 JULAI 2011, SMKOKH telah melancarkan majlis Hari Anugerah    Cemerlang SMKOKH bertempat di Kafeteria Seri Semarak. Majlis ini telah dirasmikan oleh En. Jaafar bin Idris, SMP., AMN. ( Pengarah IPGM Kampus Tengku Ampuan Afzan, Kuala Lipis ). Matlamat   program ini untuk memberi penghargaan dan pengiktirafan kepada pelajar dan guru agar berusaha ke arah kecemerlangan. Selain itu untuk menarik minat pelajar untuk belajar dan         memburu kecemerlangan di samping mewujudkan budaya saing dalam akedemik, kokurikulum pelajar SMKOKH.

Senarai anugerah yang disampaikan pada hari tersebut ialah Pelajar Cemerlang PMR & SPM 2010 , Pencapaian ‘A’ dan ‘A+’ dalam Matapelajaran PMR & SPM 2010 , Matapelajaran Lonjakan Saujana PMR & SPM 2010 , Matapelajaran Lulus 100% PMR & SPM 2010 , Matapelajaran Peningkatan Kualiti (GPS) PMR & PMR 2010 , Pelajar Asli Cemerlang PMR & PMR 2010 , Pencapaian Terbaik Tingkatan , Pencapaian Terbaik Tingkatan (pelajar asli) , Pelajar Cemerlang Pendidikan Khas dan Pelajar Terbaik Matapelajaran P2 2011.