28 Jun 2011

Program Motivasi & Teknik Menjawab Peperiksaan SPM Pelajar Anak Yatim Permata Hati (PERHATI) Peringkat daerah Lipis 2011

28-30 JUN 2011 -  Anak-anak PERHATI iaitu Nur Akmar Shahira Bt Ahmad Shapii, Siti Nurul Azuwanni Bt Mohamad, Alya Athirah Bt Shaiful Bahri, Wan Nurul Hidayahtie Bt Jaafar, Norfatiah Bt Ab. Rahman, Halimah a/p Chengkoi, Herman a/l Harun, Mohamad Nazirn Bin Mat Arop & Muhamad Yusof Bin Salehuddin telah menghadiri program Program Motivasi & Teknik Menjawab Peperiksaan SPM Pelajar Anak Yatim Permata Hati (PERHATI) Peringkat daerah Lipis  di Agro Resort Semuji. 
Program ini sangat bermanfaat kepada peserta ini untuk mendapat ilmu dan pendedahan teknik menjawab peperiksaan SPM dengan betul.  Semoga peserta mendapat keputusan cemerlang dalam SPM yang akan dihadapi nanti.

22 Jun 2011

Hari Koperasi Sekolah 2011

SMKOKH telah mengadakan sambutan Hari Koperasi Sekolah yang bertemakan 1 Untuk Semua, Semua Untuk 1.  Majlis ini dirasmikan oleh Yang Berbahagia Dato’ Haji Abdul Fattah Bin Hj. Abdullah sebagai Presiden Angkatan Koperasi Kebangsaan Malaysia Berhad (ANGKASA).
            Sambutan Hari Koperasi dimeriahkan lagi dengan gerai jualan Kelab & Persatuan, ceramah dan juga pameran-pameran yang amat berguna untuk menambahkan ilmu pengetahuan para pelajar. Gerai jualan yang paling laris pada Hari Koperasi  2011 adalah gerai Kemahiran Hidup.  Tujuan utama gerai jualan adalah untuk melatih murid dengan semangat keusahawanan.











21 Jun 2011

MAJLIS TILAWAH AL-QURAN PENDIDIKAN KHAS (DAERAH)

Majlis Tilawah Al-Quran telah diadakan  di Sekolah Kebangsaan Wan Ibrahim untuk memberi peluang kepada murid-murid istimewa daripada pelbagai kategori untuk mempertingkatkan potensi diri dan sahsiah bagi memenuhi tuntutan rohani.  SMKOKH telah menghantar beberapa orang pelajar untuk menyertai pertandingan tilawah ini. 
Pencapaian peserta murid-murid istimewa amat membanggakan apabila mendapat tempat ke-2 dalam pertandingan nasyid, tempat pertama dalam pertandingan azan yang melayakkan ke peringkat negeri dan juga tilawah & hafazan yang mendapat tempat pertama turut layak ke peringkat negeri.




16 Jun 2011

MAJLIS PENGETUA SEKOLAH MALAYSIA CAWANGAN LIPIS

SMKOKH terpilih sebagai tuan rumah untuk mesyuarat MPSM Cawangan Lipis kali ke-2.  Mesyuarat ini dihadiri oleh semua pengetua-pengetua daerah Lipis untuk membincangkan hal-hal berkaitan pengurusan dan perkongsian ilmu. Dalam masa yang sama, semua pengertua di sekolah menengah daerah Lipis turut melawat dan memantau Pusat Sumber Sekolah dan bilik-bilik khas yang lain.  Ini adalah bertepatan dengan SMKOKH yang dicalonkan dalam New Deals oleh Kementerian pelajaran Malaysia. Hasilnya, semua pengetua berasa amat kagum dengan pencapaian dan kebolehan serta suasana pembelajaran kondusif warga SMKOKH  sehingga mendapat lonjakan keputusan peperiksaan dan seterusnya dicalonkan dalam New Deals.





15 Jun 2011

FESTIVAL NASYID SEKOLAH-SEKOLAH KPM

Festival nasyid telah diadakan di SMK Clifford.  SMKOKH telah menghantar sebuah kumpulan nasyid iaitu kumpulan Ainul Hayat bagi mewakili SMKOKH ke festival nasyid ini.   Pencapaian kumpulan nasyid ini adalah tempat yang ke-5.  Walaupun tidak menjadi johan, namun yang paling penting adalah pengalaman yang didapati dari festival ini untuk penambahbaikan pada masa akan datang. 

1 Jun 2011

PROGRAM PERKONGSIAN PINTAR PSS SEKOLAH DAN PROGRAM GALAKAN MEMBACA NEGERI PAHANG DENGAN SEKOLAH DI INDONESIA

31 Mei hingga 2 Jun— Tuan Pengetua telah menyertai rombongan ke Indonesia untuk Program Perkongsian Pintar bersama sekolah di Indonesia.  Program ini sangat penting untuk penambahbaikan dan perkongsian ilmu dan pengetahuan dengan sekolah-sekolah lain di luar Malaysia.
           Tuan Pengetua bersama rombongan telah melawat ke beberapa buah sekolah di kota Jakarta iaitu SD ISLAM AL-AZHAR 1 dan juga SMP AL-AZHAR.  Di sekolah tersebut, terdapat pelbagai kemudahan dan bahan pameran yang boleh dikongsi dan diwujudkan di SMKOKH supaya lebih cemerlang, gemilang dan terbilang di masa-masa akan datang.  Ini menunjukkan bahawa dalam menjadikan sekolah lebih terbilang sangat penting untuk melihat dan mengukur keunggulan SMKOKH dengan sekolah-sekolah lain baik dalam negara mahupun luar negara.