25 Apr 2009

HARI ANUGERAH CEMERLANG AKADEMIK SMKOKH 2009

Pada 25hb April pula SMKOKH telah mengadakan Hari Anugerah Cemerlang Akademik,Majlis ini dirasmikan oleh Pengarah Institut Perguruan Malaysia,Kampus Tengku Ampuan Afzan,Kuala Lipis. Majlis diserikah dengan persembahan-persembahan daripada pelajar SMKOKH.







18 Apr 2009

LATIHAN DALAM PERKHIDMATAN DAN MAJLIS PERPISAHAN

Pada 18hb yang lepas, satu kursus untuk guru-guru di SMKOKH telah diadakan.Kursus tersebut dihadiri oleh semua guru dan berakhir dengan majlis perpisahan. Majlis tersebut diraikan sempena pertukaran En. Mat Jabar ke Pejabat Pelajaran Daerah Lipis dan guru-guru praktikal yang telah tamat latihan mengajar serta guru-guru GSST yang telah tamat perkhidmatan di SMKOKH.




15 Apr 2009

KEJOHANAN BOLA BALING PERINGKAT DAERAH LIPIS

Satu kejohan bola baling telah diadakan pada 15 dan 16 April di Padang SMK Orang Kaya Haji. Kejohanan ini    disertai oleh semua sekolah menengah dan sekolah rendah di Daerah Lipis. Sekolah menegah dimenangi oleh  oleh tuan rumah SMK Orang Kaya Haji bagi kategori Perempuan Bawah 18 Tahun dan bagi kategori Lelaki dimenangi oleh SMK Benta. SMK Benta  mempertahankan kejuaraannya yang dipegang pada tahun lepas. Majlis Penutup dihadiri oleh Pengetua SMKOKH iaitu Pn. Hjh. Rosidah Bt. Kamaludin





11 Apr 2009

PROGRAM HIDAYAH DAN CUTI PERSEKOLAHAN GANTI

Pada 11hb April 2009 merupakan hari persekolahn ganti untuk menggantikan cuti pada musim perayaan nanti.   Pihak sekolah  telah mengadakan program hidayah untuk pelajar. Pelajar yang terlibat ialah pelajar tingkatan 4     




10 Apr 2009

KEM KEPIMPINAN PELAJAR, KEJOHANAN BOLA BALING, PROGRAM HIDAYAH &CUTI PERSEKOLAHAN GANTI, MAJLIS PERPISAHAN, HARI ANUGERAH CEMERLANG, PERSEMBAHAN GERKO DAN SUDUT BARU DI SMKOKH.

Pada 10, 11 dan 12hb April diadakan Kem Kepimpinan Pelajar  SMKOKH di Pusat Belia Daerah Raub. Seramai 100 orang pelajar yang mengikuti program itu yang    terdiri daripada pengawas sekolah, pengawas pusat sumber, exco asrama, exco   asrama pusat, pengerusi dan setiausaha kelab/persatuan  serta ketua kelas. Semua pelajar yang terlibat merupakan pelajar tingkatan 1, 2, 3 dan 5 sahaja. Program ini dikendalikan oleh guru-guru praktikal dan diselia oleh guru-guru dari unit            kaunseling,badan pengawas sekolah dan unit disiplin. Pada minggu yang seterusnya diadakan pula Kem Kempinan di Cherating, Kuantan. Pelajar yang terlibat terdiri   daripada pelajar tingkatan 4 yang berjawatan. Guru yang mengiringi pelajar tersebut ialah En. Johari dan En. Ahmad Zamri.