30 Mar 2009

PAMERAN BUKU 2009

Pada  30 dan 31hb  telah diadakan pameran buku. Pameran diadakan di Kantin Sekolah Menengah Kebangsaan Orang Kaya Haji. Pelajar-pelajar digalakkan membeli buku  rujukan ketika pameran diadakan.





16 Mar 2009

15 Mar 2009

PENYAMPAIAN HADIAH ANUGERAH NILAM DAN KUIZ RUKUN NEGARA

Baru-baru ini berlangsung acara penyampaian hadiah bagi Anugerah NILAM 2009. Pelajar-pelajar yang dapat anugerah ini diberi ganjaran oleh Pusat Sumber Sekolah SMKOKH.     Anugerah     disampaikan oleh Pn. Pengetua, Pn. Hjh. Rosidah Bt. Kamaludin. Selain itu,      penyampaian hadiah untuk Kuiz Rukun      Negara turut berlangsung.   Pemenang-pemenang di beri hadiah setelah soalan kuiz di adili oleh guru yang berkenaan.




13 Mar 2009

Sambutan maulidur rasul peringkat sekolah

Smkokh  telah mengadakan Sambutan Maulidur Rasul peringkat sekolah yang bertemakan “WAHDAH PEMANGKIN KHARYU UMMAH” pada  13 Mac 2009 bertempat di Tapak Perhimpunan SMKOKH. Program ini dianjurkan oleh PKKP BINA INSAN dan PANITIA PENDIDIKAN ISLAM. Sambutan ini juga diserikan dengan perarakan pelajar serta guru-guru di dalam kawasan sekolah serta bacaan kitab suci Al Quran oleh pelajar.  Ceramah juga diadakan dan disampaikan oleh Kapten Muhammad Shukor bin Said






10 Mar 2009

PROGRAM GERAKAN MEMBACA

Pada 10,11,12 dan 13hb  telah diadakan      Program  Gerakan Membaca anjuran Pusat sumber  Sekolah  Menengah Kebangsaan Orang Kaya Haji. Setiap kelas diwajibkan masuk ke Pusat Sumber pada 2 waktu mata         pelajaran  Bahasa Melayu bersama-sama guru mata  pelajaran  dan    diwajibkan   membaca tiga buah buku serta  ditulis di dalam buku NILAM.




6 Mar 2009

PROGRAM JOM BELAJAR

Pada  6,7,8 dan 9hb  kelas tambahan atau program jom belajar telah diadakan untuk pelajar-pelajar tingkatan 3 dan 5. Pelajar yang terlibat    ialah kelas 3 taat, 3 usaha dan 3 jaya serta tingkatan 5 taat, 5 usaha sdan 5 jaya. Tenaga pengajar semuanya terdiri daripada guru-guru SMKOKH.




5 Mar 2009

MAJLIS RAMAH MESRA DAN JAMUAN PERPISAHAN

Pada  5hb Mac 2009 Kelab Guru dan Staff telah mengadakan satu majlis iaitu Majlis Ramah Mesra. Majlis ini diadakan untuk kali pertama  dan bertujuan mengeratkan silaturrahim antara guru-guru serta staff sekolah dengan guru-guru GSST dan guru-guru praktikal.
Pada masa yang sama juga Kelab Guru dan Staff  mengadakan jamuan perpisahan  untuk guru-guru yang telah bertukar ke sekolah lain. Guru-guru yang telah bertukar ialah :
1. PN. NORANIZA BT. ZAINAL ABIDIN
2. EN. MOHD BAKRI B. ABDULLAH bertukar ke SMK KERAMBIT
3. EN. ALI B. MOHAMMAD bertukar ke SMK BENTA
Majlis berakhir pada jam 3.30 petang yang diakhiri dengan mesyuarat Agung kelab Guru dan Staff SMK Orang Kaya Haji.