28 Feb 2009

Program KEMANUSIAAN - SAVE FOR GAZA

Pada 28hb Februari 2009, SMKOKH telah melancarkan satu program kemanusiaan iaitu “safe for GAZA” berikutan serangan tentera Israel terhadap Palestin. Program ini dijalankan atas sikap       prihatin kita sebagai rakyat Malaysia yang membenci keganasan.






23 Feb 2009

Program KBKK untuk pelajar TINGKATAN 3

Pada 23 dan 24 Februari 2009,pelajar-pelajar tingkatan 3 Taat, Uasaha dan  Jaya telah menghadiri satu program iaitu Program KBKK. Program ini diadakan di Dewan Makan Asrama SMKOKH. Pada 25hb Februari pula                  berlangsungnya program yang sama tetapi     untuk pelajar-pelajar tingkatan 3 Maju,             Cemerlang dan Ikhlas juga di tempat yang sama iaitu Dewan makan Asrama SMKOKH.          Penceramah-penceramah terdiri daripada guru-guru SMKOKH yang berkaliber






19 Feb 2009

Pada 19hb Februari,Kelab Guru dan Staff telah mengadakan gotong royong membersihkan bilik guru dan bilik-bilik khas. Aktiviti dimulakan pada jam 2.00 petang dan berakhir pada jam 3.00 petang. Pada hari tersebut para pelajar telah dibenarkan pulang pada jam 2.00 petang.         Aktiviti diakhiri dengan jamuan di kantin      sekolah.






18 Feb 2009

PELANCARAN KELAB RUKUN NEGARA PERINGKAT SMKOKH 2009 DAN CERAMAH RUKUN NEGARA

Hari rabu minggu yang lalu (18hb Februari)satu kelab baru telah ditubuhkan di SMKOKH iaitu  Kelab      Rukun Negara. Kelab ini ditubuhkan  untuk  memupuk kesedaran dikalangan pelajar tentang pentingnya Rukun   Negara terhadap Negara kita Malaysia





17 Feb 2009

Kejohanan olahraga mssd lipis 2009

Pada  16 & 17 Februari 2009, SMKOKH telah menghantar seramai 46 atlit olahraga ke Kejohanan Olahraga MSSD Lipis 2009 yang  berlangsung di Padang Smk Clifford. Kilauan emas pertama diperolehi menerusi acara 3000meter (P) terbuka oleh Wak Pendi . SMKOKH telah mendapat  3 Emas, 11 Perak dan 7 Gangsa.

Wajah EMAS PERTAMA SMKOKH yang mendapat emas pertama untuk SMKOKH juga dinobatkan sebagai  olahragawati daerah lipis kategori bawah 15 tahun.




16 Feb 2009

PELANCARAN PROGRAM NILAM 2009 SMK ORANG KAYA HAJI

Pada  16 Februari 2009 Pusat Sumber Sekolah telah melancarkan program NILAM 2009          peringkat SMK Orang Kaya Haji.Pelacaran ini dilancarkan oleh Pn. Pengetua, Pn. Hjh. Rosidah Bt. Kamaludin bertempat di Tapak Perhimpunan  SMKOKH.




11 Feb 2009

Pada 11 Februari 2009, pelajar SMKOKH yang telah mendapat tempat di dalam kejohanan sepak takraw peringkat daerah Lipis  menerima hadiah di tapak perhimpunan SMKOKH.



Pada 11 Februari juga berlakunya letupan kecil di kelas 2 Jaya. Letupan itu menyebabkan sesi pengajaran dan pembelajaran tergendala. Letupan berlaku kemungkinan disebabkan oleh pendawaian elektrik yang lama.






5 Feb 2009

SUKAN TAHUNAN KALI KE - 44 SMK ORANG KAYA HAJI

Pada 5hb Februari  yang lepas , berlangsungnya Sukan Tahunan SMK Orang Kaya Haji kali ke - 44 . Acara akhir sebelum sukan  telah diadakan pada 2hb Februari . Acara yang diadakan  ialah 1500 meter,800 meter, 400 meter,lompat jauh, lompat tinggi, lempar cakera, lontar peluru, rejam lembing dan 200 meter. Perasmian penutup    telah dirasmikan oleh Timbalan Pegawai Pelajaran Daerah Lipis, En. Hamdan Bin   Harun . Secara keseluruhanhya, juara dimiliki oleh rumah Laksamana, kedua rumah Temenggung, ketiga rumah Syahbandar dan yang keempat rumah Bendahara